Thursday, February 17, 2011

Invest in Your Health Now

A few weeks ago, one of my acquaintances' wife was taken ill quite suddenly. One morning, she found herself in extreme agony and wasn't able to move her body without causing more pain. She was quickly admitted to a local private hospital and underwent an MRI scan to find out the cause. She was diagnosed with a back injury or  a torn ligament that the doctor said was probably caused by an earlier incident, perhaps a serious fall during her youth. Her one-night admission and the MRI scan cost her nearly RM3000. She would also have to undergo regular physiotherapy and not to carry any heavy things. 


She was quite fortunate that the family was able to pay her medical bills without any difficulty. However, her husband has decided to apply for a medical insurance coverage for her and the children that would ensure they receive the best treatment at the panel hospitals without any delay. With the medical card, there would be not be any hassle when it comes to admittance to the wards and he can be rest assured that they can afford the best treatment when the need should arise. 


During the good times, we wouldn't naturally think of the bad times that may lurk in the horizon. It could be out of a misplaced fear or a superstitious belief that when we think of bad things happening, the bad things would happen. It is quite silly, actually. We should confront our worst fears and make efforts to ensure that we would be in a good position to handle the consequences. This is especially true when it comes to our health and wellbeing. The spiraling cost of healthcare is quite mind boggling. No longer is medical treatment a necessity, it is actually becoming a luxury for most of us that does not have a high disposable income. And with the rising cost of living, who can actually save for the rainy days. 


Buying a medical insurance coverage is one of the best things you could ever do for yourself and your family. You are investing in the future, investing in the rainy days and the plans that you choose would even include the option to invest part of your premium in low-risk stocks. Selected comprehensive insurance plans also give you yearly non-claimable bonuses. You actually get paid for being healthy as well. Is that just amazing? 


As a wealth management planner, it is my privilege and honour to provide comprehensive information to those who are interested in investing in their future. I have heard and read many situations where wives and children are left penniless and nearly destitute when they lose their husbands who are the sole breadwinners. This is easily avoided if the husband had had the foresight to invest in his own future. It's even sadder when there is an abundance of information out there concerning the benefit of buying an insurance coverage plan. It seems to have fallen on deaf ears. 


Our fate is in the hand of God Almighty. But it is our responsibility to invest in a better future for our family. 


Nawawi Husin 
HP: 012-2351521

Monday, February 14, 2011

Satu Kejutan

Dalam dunia ini, kita sebagai manusia yang tidak berdaya, akan sentiasa menerima pelbagai kejutan yang tidak diduga. Saya sendiri kadang-kadang lupa yang kehidupan ini hanya sementara dan kita seharusnya ingat yang apa  yang kita ada sekarang akan lenyap dengan sekelip mata. Itulah kehendah Allah Yang Maha Berkuasa. 


Tanggal 13 Ogos 2009 adalah hari yang tidak akan dapat saya lupakan. Pagi hari itu bermula macam biasa sahaja. Isteri yang sangat saya kasihi seperti biasa telah menghantar saya ke stesen bas untuk saya meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Sebagai seorang wakil insurans bersama Prudential dan perancang kewangan, waktu kerja saya memang tidak menentu. Setiap hari ada sahaja temujanji dengan mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kebaikan mengambil perlindungan insurans. Hari itu saya memang sibuk. Selepas sarapan pagi, saya terus ke pejabat Public Mutual di Bangsar. Saya ada juga mengambil pelanggan yang ingin membeli saham melalui Public Mutual. Beberapa jam selepas itu, kira-kira pukul 2.30 petang, saya mula merasa satu kelainan. Badan saya mula berpeluh dan rasa sakit. Pada mula saya ingat mungkin akibat makan nasi kandar tengahari tadi. Bergelas-gelas air saya minum kerana takut badan hidrasi. Makin lama keadaan saya semakin teruk. Hati semakin rasa rungsing terutamanya kerana simpton-simpton yang saya hadapi sama seperti demam burung atau 'bird flu' yang memang tengah merebak waktu itu. Kira-kira pukul 5.30 petang, saya rasa semakin teruk dan terpaksa memanggil isteri saya dan memberitahu keadaan waktu itu. 


Semasa saya menunggu isteri di LRT Bangsar, dada saya semakin sesak dan sukar bernafas. Badan memang dah berpeluh dan baju kemeja saya macam dah boleh diperah. Tidak lama kemudian, saya dan isteri bergegas ke sebuah klinik di Bangsar. Doktor yang bertugas tidak begitu berkerjasama dan gagal untuk membuat sebarang diagnos. Dia hanya menyuruh kami pergi ke Wad Kecemasan. Kami mempunyai dua pilihan, sama ada Hospital Pantai atau UMMC (Pusat Perubatan Universiti Malaya). Di sini lah bermulanya cabaran kami. Oleh kerana saya melengah-lengahkan untuk 'upgrade' perlindungan insurans saya yang memang dah lapuk itu, kami tidak mampu untuk pergi ke Hospital Pantai. Hospital swasta memang akan menelan belanja yang banyak dan perlindungan insurans saya tidak termasuk kad medikal atau 'Medical Card' yang membolehkan saya mendapat rawatan di hospital swasta tanpa mengeluarkan bayaran cagaran yang tinggi. Memang saya menyesal pada waktu itu sebab saya seharusnya lebih mengetahui betapa pentingnya pelan insurans takaful yang komprehensif


Mengenangkan yang saya tidak mempunyai kad perubatan, kami terpaksa pergi ke wad kecemasan UMMC. Waktu itu sudah pukul 8 malam.Dah lah penat, sakit dan lapar, kami terkejut kerana ramainya pesakit di wad kecemasan pada malam itu kerana wabak 'bird flu'. Memanglah kemudahan perubatan dan kecemasan di negara ini perlu diteliti. Ini merupakan keperluan dan bukan satu kemewahan. Kami terpaksa tunggu selama dua jam hanya untuk mendaftarkan diri. Bayangkan keadaan saya pada masa itu...dada sakit, badan berpeluh, kesejukan, kelaparan dan risau. Isteri saya pula semakin rungsing tetapi kami berdua tidak berdaya nak buat apa-apa. Dalam kesesakan di wad kecemasan itu, keadaan saya memang semakin membimbangkan sehingga isteri saya berkeras untuk meminta jururawat yang memantau kaunter pendaftaran itu agar melihat keadaan saya. Saya diberi pemeriksaan yang ringkas dan diminta menunggu. Ya Allah, kami akhirnya di panggil masuk ke klinik pada 12.30 pagi! 


Di UMMC, saya telah diperiksa oleh seorang doktor wanita asing. Mungkin dari Bosnia. Setelah menjalankan pemeriksaan ECG and mengambil darah, saya disuruh keluar dan balik semula dalam masa dua jam untuk mendapatkan keputusan. 


Tetapi, tidak sempat pun untuk kami tunggu 2 jam. Semasa berada di dalam kereta dalam perjalanan keluar untuk mencari makan, saya telah di serang jantung. Pada satu ketika saya sedang bercakap dengan isteri saya dan selepas itu saya hanya sedar apabila berada di wad kecemasan. Saya tidak tahu apa yang telah terjadi...hanya isteri saya yang dapat menceritakan apa yang telah berlaku. 


"Saya menoleh kepada suami saya kerana hairan kenapa dia tidak menjawab soalan saya. Saya agak marah kerana menyangka dia buat muka pada saya. Mukanya terpesong ke arah saya, hanya mata putih yang kelihatan dan seluruh badannya kejang. Ya Allah, tersentak saya sebab dia masih kejang walaupun saya sedang menjerit memanggil. Saya cepat-cepat memberhentikan kereta, keluar dan berlari ke bahagian penumpang. Memang saya panik kerana Awi macam tak bernafas dan masih kejang. Syukur kepada Allah terdapat beberapa orang yang datang sebab mendengar jeritan saya. Seorang perempuan India cepat-cepat menyuruh saya menurunkan tempat duduk suami saya dan menyuruh saya membuat CPR. Alhamdullilah...fikiran saya terus kembali waras dan saya mula rawatan kecemasan yang pernah saya belajar di sekolah. Selepas beberapa ketika yang mencemaskan, suami saya kembali bernafas dan sedar. Tak tahu apa yang saya rasa pada masa tu. Dia kelihatan macam terpinga-pinga. Dengan pertolongang beberapa orang, kami berjaya meletak beliau ke atas kerusi roda. Kami dengan segera bergegas ke wad kecemasan." 


Saya disahkan kena serangan jantung pagi itu dan terus dimasukkan ke Wad Kardiologi di tingkat 4 UMMC. Tengahari itu juga saya menjalani 'angioplasty' kerana doktor telah mengesahkan bahawa tiga saluran darah di jantung saya tersumbat dan telah 'mati' kerana lambat mendapat rawatan. Prosedur 'angioplasty' telah berjalan dengan lancar tetapi pengajarannya di sini ialah kalau saya ada kad perubatan, isteri saya tak payah meminjam wang sebanyak RM7000 yang merupakan kos prosedur tersebut. Bayangkan sahaja betapa risau isteri semasa itu yang masih berada dalam keadaan terkejut melihat suaminya diserang jantung. 


Dua hari selepas itu, saya diserang jantung kali kedua dan sekali lagi, kami bergegas untuk menjalankan 'angiogram' untuk melihat keadaan saya yang  tenat. Doktor memutuskan untuk menggunakan sejenis ubat yang kuat untuk mencairkan saluran tersumbat kerana risiko tinggi untuk meletak satu lagi 'stent'. Dalam keadaan yang cemas itu, isteri saya terpaksa bergegas ke farmasi di UMMC untuk membeli satu vial ubat itu yang harganya hampir RM2000! Saya telah ditempatkan di Wad ICU selama tiga hari untuk pemantauan. 


Saya berada di hospital selama 10 hari dan bil yang terpaksa dibayar mencecah RM12,000. Kami dapat menjelaskan bil tersebut di atas ikhsan mereka yang meminjamkan duit kepada kami. Masa itu, memang saya menyesal tak sudah kerana tidak membeli pelan insurans Takaful yang komprehensif walaupun saya sendiri terlibat secara langsung sebagai wakilnya. Dengan pelan insurans Prudential BSN Takaful, saya akan mendapat kemudahan kad perubatan yang menjamin rawatan di beberapa hospital swasta. Saya juga akan dapat elaun-elaun yang pelbagai yang dapat meringankan beban kewangan kami. Terdapat Elaun Harian kemasukan wad, Elaun Harian kemasukan ICU, Elaun Pembedahan dan banyak lagi. 


Saya mengambil masa yang lama untuk kembali pulih walaupun begitu keadaan kesihatan saya bukan seperti dahulu. Saya cepat penat dan tak boleh terlalu aktif. Bayaran Hilang Upaya Kekal (PTD) yang terdapat dalam manfaat perlindungan boleh menolong kami sekeluarga semasa saya tidak mendapat sebarang pendapatan kerana berehat. Malangnya, kerana sikap saya yang tidak tergesa-gesa untuk mengambil perlindungan pelan insurans Takaful yang komprehensif, manfaat itu semua tidak dapat saya nikmati. 


Orang-orang zaman dahulu sering berkata, "Sediakan payung sebelum hujan". Ini memang nasihat yang baik sekali terutama di zaman sekarang kerana kos perubatan semakin meningkat dan bukan semua mampu untuk pergi ke hospital swasta untuk mendapat rawatan segera. 


Saya memang gemar untuk berkongsi cerita peribadi saya ini kerana ramai yang perlu sedar yang mereka tidak seharusnya takut atau berasa was-was dengan perlindungan insurans. Banyak faedahnya dan yang mereka perlu adalah berhati-hati dan mendapatkan penerangan yang lanjut. 


Nawawi Husin
HP: 012-2351521